Wednesday, May 28, 2008

Koleksi Ikan: Neon Tetra

Paracheirodon innesi

Lebih dikenali dengan nama Neon Tetra... Ikan yang memiliki bentuk badan tidak melebihi 4cm ini agak susah sikit untuk hidup bersama species lain. Buat masa ni aku cuma ada 1 ekor ikan neon sahaja yang tinggal, kerana yang lain dah mati sebab aku campurkan ikan ni sekali dengan ikan-ikan lain yang bukan sama spesis dengannya. Neon Tetra mendapat namanya dari garisan bercahaya berwarna biru yang melintang di badannya.

Monday, May 26, 2008

Koleksi Ikan: Angel Fish

Angel Fish (Pterophyllum scalare)

Lagi dari koleksi akuariumku, ikan ni ni dari cichlids family. Aku ada dua ekor ikan jenis ni dalam akuariumku. Ikan ini kira yang paling menarik sebab rupa bentuk sirip dan ekor yang cantik, dan paling cool...

Algae - eater fish


Corydoras aeneus - Albino Variety

Hai. Lagi ikan dari akuariumku. Ikan algae - eater dari Catfish family, sama species dengan ikan yang sebelum ni. Tugas dan fungsi pun sama, cuma nama saintifiknya berbeza. Dari pemerhatianku, dalam 3 jenis ikan yang makan lumut dalam akuariumku, aku suka yang ni, sebab dia ni yang paling rajin dan paling aktif, sentiasa bergerak mencari lumut. Aku rasa, dalam banyak2 ikan dalam akuariumku, ni lah yang paling pembersih sifatnya. Hehehe...

Saturday, May 24, 2008

Catfish

Algae Eater (Catfish family)

Lagi dari koleksi akuarium ikanku. Ikan ni sebahagian daripada beberapa jenis ikan yang makan lumut (algae eater). Yang ni dari keluarga Catfish. Ikan jenis ni memainkan peranan penting, dan memberi sumbangan yang besar bagi sesebuah akuarium, perlu ada at least se ekor, kira-kira macam tukang sapu rumahlah gitu... :)

Blue Turtle


Hi... Ni lah gambar kura-kura berwarna biru, aku ambil gambar masa jalan-jalan di pantai Tanjung Aru beberapa minggu yang lepas. Di sana ada sebuah kolam ikan, tengah seronok tengok2 ikan-ikan dalam kolam tu lah aku ternampak kura-kura biru ni...

Hehehe.. nda' ada lah. Sorry... Sebenarnya ni bukan warna asal ni, tapi aku dah edit color biru menggunakan kamera Sony DSC-H5 ku. Baru nak belajar-belajar guna kameralah konon ni... Tapi corak-corak yang timbul tu memang real, kebetulan masa kura-kura tu posing tu, air tengah berkocak...

Friday, May 23, 2008

Selamat Datang

Salam sejahtera.

Selamat datang ke blog koleksi Yaz. Aku anak kelahiran Kg. Pimping, Membakut, dan kini menetap di Kota Kinabalu. Aku baru saja nak belajar tentang IT dan berjinak-jinak di alam siber ini. Aku membina blog sendiri sebagai permulaan dalam melangkah seiring dengan kemajuan teknologi.

Aku berminat dengan ikan-ikan perhiasan / akuarium, juga berminat dengan tanaman bunga hiasan, dan yang terbaru sedang cuba-cuba dalam fotografi pula.

Black Neon Tetra (Hyphessobrycon herbertaxelrodi)
Melalui blog ini, aku akan cuba mengumpul gambar-gambar yang berkaitan dengan hobiku di sini, dan semoga dapat berkongsi minat di samping bertukar-tukar cerita dengan blogger yang sama minat denganku.
Sebenarnya, aku masih benar-benar baru dalam dunia siber ini, jadi mana-mana yang terkurang atau terlebih, aku masih mau belajar dan cuba memperbaiki dari masa ke semasa. Buat masa ni, isteriku yang tercinta, yang banyak membantuku.