Friday, May 23, 2008

Selamat Datang

Salam sejahtera.

Selamat datang ke blog koleksi Yaz. Aku anak kelahiran Kg. Pimping, Membakut, dan kini menetap di Kota Kinabalu. Aku baru saja nak belajar tentang IT dan berjinak-jinak di alam siber ini. Aku membina blog sendiri sebagai permulaan dalam melangkah seiring dengan kemajuan teknologi.

Aku berminat dengan ikan-ikan perhiasan / akuarium, juga berminat dengan tanaman bunga hiasan, dan yang terbaru sedang cuba-cuba dalam fotografi pula.

Black Neon Tetra (Hyphessobrycon herbertaxelrodi)
Melalui blog ini, aku akan cuba mengumpul gambar-gambar yang berkaitan dengan hobiku di sini, dan semoga dapat berkongsi minat di samping bertukar-tukar cerita dengan blogger yang sama minat denganku.
Sebenarnya, aku masih benar-benar baru dalam dunia siber ini, jadi mana-mana yang terkurang atau terlebih, aku masih mau belajar dan cuba memperbaiki dari masa ke semasa. Buat masa ni, isteriku yang tercinta, yang banyak membantuku.

No comments: